HUTANG TALAM

22) HUTANG TALAM

Tahun:

Sesi:

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa banyak hutang syarikat Talam kepada kerajaan negeri Selangor yang berjumlah 392 juta telah berjaya dikutip semula sehingga Jun 2010

    Jumlah hutang TALAM Corporation kepada Kerajaan adalah sebanyak RM392 Juta. Setakat ini, nilaian Hartanah TALAM yang bernilai RM392 Juta telah diambil alih oleh MBI dan dijual kepada beberapa pembeli seperti berikut :-

    Bi l Hartanah Nilai

    Jualan

    RM (Juta)

    1. Tanah seluas 25.94 ekar di Bukit Beruntung telah dibeli oleh PKNS 16.91
    2. Tanah 2,773 ekar di Bestari Jaya dibeli oleh PNSB 181.0
    3. Tanah 1322 ekar di Bukit Beruntung dibeli oleh PNSB 345.6
    4. Tanah 134.2 ekar di Danau Putra yang ditawarkan kepada Syrkt MediVest Properties Sdn Bhd 87.7
    5. Pulangan tunai daripada TALAM atas jualan 11.56 ekar tanah kepada Tet. City Link Express Sdn Bhd 5.0
    6. Pulangan tunai daripada PIYSSB kepada TALAM yang diberi kepada MBI 7.7
    7. Tanah 12 ekar di Puncak Jalil 12.0
    8. Ruang Pejabat di Menara Pandan 11.0
    9. Tanah 400 ekar dan 60% Saham Ulu Yam & Country Resort 22.22
            Jumlah 689.1
      (-) Ikatan dan Tuntutan Hutang-hutang Dari Bank atas Hartanah tersebut adalah sebanyak (266.31)
           Jumlah 422.8
      Baki Lebihan (Peruntukan pulangan kepada TALAM) (30.8)
      Jumlah Hutang TALAM 392.0

Lampiran

Tiada Lampiran.