IKLAN HARAM

175) IKLAN HARAM

Tahun:

Sesi:

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan yang dilakukan untuk membendung permasalahan ini?

    PBT secara terus meneruskan melaksanakan penguatkuasaan bagi membendung iklan haram. Di antara penguatkuasaan yang dilakukan ialah mengkompaun pesalah – pesalah yang terlibat. Sekiranya kompaun telah melebihi tiga (3) kali, lesen perniagaan mereka boleh dibatalkan. Bagi iklan haram yang berkaitan dengan pemberi pinjam wang tanpa lesen atau ah long, insentif kewangan diberikan kepada pemberi maklumat mengenai aktiviti menampal iklan tersebut dan nombor telefon terlibat akan dilaporkan kepada Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) untuk dibatalkan. Di samping itu juga pihak PBT melaksanakan kempen menurunkan iklan haram secara gotong-royong di dalam sesuatu komuniti bagi memohon bantuan masyarakat untuk memerangi gejala iklan haram ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.