INDUSTRIAL PARK MANAGEMENT COMMITTEE (IPMC)

116) INDUSTRIAL PARK MANAGEMENT COMMITTEE (IPMC)

Tahun:

Sesi:

Isu: Perindustrian

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah cadangan kerajaan melalui Industrial Park Management Committee (IPMC) untuk menambah baik iklim pelaburan di Negeri Selangor bagi tahun 2012 ?

    Ahli-ahli IPMC yang ditubuhkan adalah terdiri daripada agensi-agensi perkhidmatan kerajaan, separa kerajaan, Persatuan Pekilang-pekilang Daerah dan pihak industri. IPMC dipengerusikan oleh Tuan Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan.

    IPMC yang ditubuhkan bertujuan untuk ;-

    1. Menyediakan medium perantara antara pihak industri dengan pihak jabatan kerajaan yang berkaitan untuk berbincang serta mencari jalan penyelesaian untuk menangani masalah-masalah industri yang dihadapi dalam sesuatu kawasan tersebut.
    2. Menjalin hubungan baik, networking dan kerjasama antara pihak-pihak yang terlibat sama ada pihak swasta atau pihak jabatan kerajaan dalam menangani isu-isu perindustrian. (Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan-jabatan Teknikal, Polis dan lain-lain agensi yang berkaitan)
    3. Untuk menyumbang kepada pengurusan dan penyelenggaraan kawasan industri yang lebih efektif dan efisien demi menyediakan kawasan industri yang selesa kepada para pelabur.

    IPMC yang ditubuhkan bertujuan untuk mendapatkan maklum balas mengenai isu/permasalahan yang dihadapi oleh pihak industri. Kebanyakan isu/permasalahan yang dibangkitkan sewaktu mesyuarat IPMC diadakan adalah berkaitan dengan isu/permasalahan yang melibatkan Pihak Berkuasa Tempatan dan jabatan-jabatan teknikal seperti;-

    1. Kebersihan dan keindahan kawasan perindustrian. ii. Kawalan kacau ganggu dan pencemaran persekitaran iii.          Kemudahan infrastruktur seperti jalan, saliran/longkang dan lampu jalan. iv.       Kemudahan pengangkutan awam.
    2. Kemudahan utiliti/perhubungan telekomunikasi, bekalan air, bekalan tenaga elektrik dan telefon.
    3. Masalah tempat letak kereta dan papan tanda jalan dan sebagainya.

    Oleh itu, sebarang isu/permasalahan yang dibangkitkan akan mendapat maklum balas secara terus dan tindakan segera akan diambil oleh Pihak Berkuasa Tempatan dan juga jabatan-jabatan teknikal yang berkaitan. Melalui IPMC juga memudahkan Pihak Berkuasa Tempatan membuat pemantauan.

    Melalui IPMC pihak PBT dapat memantau permasalahan sesuatu kawasan industri dan mengambil tindakan yang sewajarnya. Ini secara langsung membolehkan PBT menyediakan kawasan perindustrian yang selesa dan memberikan imej yang baik kepada para pelabur.

    Bagi sepanjang tahun 2011 sebanyak 25 mesyuarat IPMC telah diadakan dan setiap PBT disarankan untuk mengadakan mesyuarat IPMC secara berkala agar isu/permasalahan pihak industri dapat dipantau dan diambil tindakan yang sewajarnya.

Lampiran

Tiada Lampiran.