INFRASTRUKTUR PROJEK LRT
189) INFRASTRUKTUR PROJEK LRT
Tahun:
Sesi:
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Huraikan kuasa Kerajaan Negeri dalam mengawal selia pembinaan sambungan kemudahan LRT di Selangor sedangkan syarikat milik kerajaan pusat ini seperti tidak mahu bekerjasama dengan agensi Kerajaan Negeri
Untuk makluman, sebelum sesuatu pelaksanaan pembangunan atau pembinaan struktur dijalankan, syarikat pemaju perlu mendapatkan kelulusan Kebenaran Merancang (KM) daripada Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang berkaitan. Walaupun pada keseluruhannya projek ini dipantau oleh Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kewangan (MOF) dan Kementerian Pengangkutan, pematuhan terhadap syarat-syarat yang telah ditetapkan perlu dipatuhi bagi mengelakkan sebarang tindakan penguatkuasaan diambil dan ia akan sentiasa dipantau oleh Kerajaan Negeri sepanjang tempoh pelaksanaan bagi memastikan kelulusan yang diberikan itu dipatuhi sepenuhnya.
Selain itu, Kerajaan Negeri turut akan menilai dan mempertimbangkan aspekaspek tertentu khususnya kesesuaian jajaran laluan yang dicadangkan bagi mengurangkan pengambilan balik tanah individu dilaksanakan. Ini secara tidak langsung dapat menjaga kepentingan rakyat di samping dapat mengurangkan kos pembangunan.
