INISIATIF PEDULI RAKYAT

101) INISIATIF PEDULI RAKYAT

Tahun:

Sesi:

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Harap jelaskan kepada Pusat Khidmat DUN-DUN samada inisiatif-inisiatif peduli rakyat masih kekal diberikan sehingga kini atau tidak

    Ramai dikalangan Ahli Dewan Negeri telah membangkitkan mengenai Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) yang merupakan salah satu inisiatif Kerajaan Negeri untuk memastikan kebajikan rakyat sentiasa terbela serta memenuhi wawasan ‘shared prosperity’.

     

    Sukacita dimaklumkan di sini, program IPR adalah program jangka panjang kerajaan yang bertujuan untuk membantu rakyat dan seterusnya kerajaan akan berusaha untuk memberdayakan rakyat sebagai matlamat akhir kerajaan.

     

    Bagi tahun 2019, agenda pelaksanaan program-program IPR diteruskan secara lebih holistik dan tidak hanya menyajikan pemberian bantuan kebajikan dan simpati semata-mata tetapi memberi daya melalui pemerkasaan (empowerment) kepada para penerima manfaat IPR di Selangor.

     

    Oleh itu, sudah tiba masanya Negeri Selangor, mengorak langkah ke suatu paradigma yang baharu sejajar dengan cita-cita untuk menjamin kebajikan rakyat negeri berteraskan suatu upaya strategik dalam menguruskan sumber negeri yang terbatas.

     

    Selain itu, penjajaran IPR juga akan mengambil kira perkara seperti berikut:

     

    1. i) Penekanan konsep daripada pemberian kepada

    pengupayaan (empowerment);

     

    1. ii) Penekanan kepada program-program kesedaran; dan

     

    iii) Fokus kepada kumpulan sasar yang tepat.

     

    Kerajaan Negeri melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) telah mengadakan Persidangan Pengendali Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) pada Februari 2019. Hasil daripada persidangan tersebut, 43 Program IPR telah dicadangkan untuk dijajarkan kepada 3 kategori utama yang menjadikan jumlah program IPR terkini adalah sebanyak 33 program iaitu seperti berikut:

     

    1. i) Diteruskan seperti ada (merangkumi 18 Program IPR);
    2. ii) Diteruskan Dengan Penjajaran iaitu secara:
    3. a) Pindaan dari segi perubahan program, syarat kelayakan,

    mekanisme pelaksanaan, kuota penerima dan lain-lain

    pindaan (merangkumi 15 Program IPR); dan

    1. b) Kolaborasi dengan program IPR sedia ada (merangkumi 9

    Program IPR).

     

    (Keterangan lanjut seperti lampiran I)

Lampiran

Tiada Lampiran.