Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

226) INSENTIF BAS SEKOLAH KEPADA ANAK KAMPUNG

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bagaimana Program Pemberian Insentif Bas Sekolah kepada anak kampung dilaksanakan di seluruh Selangor dan nyatakan implikasi kewangan kepada Kerajaan Negeri pada tahun ini?

    Pembangunan Desa merupakan aspek yang amat perlu diberi keutamaan kerana ianya melibatkan pembangunan masyarakat Negeri Selangor secara menyeluruh dan mengurangkan jurang perbezaan diantara masyarakat bandar dan desa. Pembangunan di kampung-kampung  jauh lebih mundur berbanding pembangunan yang telah dicapai di bandar. Sebagai salah satu inisiatif dalam membangunkan desa selaras dengan prinsip kerajaan negeri yang prihatin cadangan pemberian insentif tambang bas sekolah kepada anak-anak kampung di seluruh negeri Selangor dan dilaksanakan dengan projek perintis bermula di daerah Hulu Langat. Pelaksanaan program ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban kewangan penduduk desa dalam menguruskan persekolahan anak-anak mereka. Program pemberian insentif tambang bas sekolah kepada anak-anak kampung di seluruh negeri Selangor adalah sebanyak RM20.00 seorang pelajar bagi peringkat pertama ini. Setakat ini, sebanyak RM RM90,000.00 (Ringgit Malaysia Sembilan Puluh Ribu) diberikan sebagai insentif. Kerajaan Negeri akan melaksanakan program ini secara berperingkat. Pada masa ini, Kerajaan Negeri sedang melakukan satu semakan untuk mendapatkan data maklumat bilangan pelajar desa yang terlibat dan layak untuk menerima insentif bas sekolah ini. Peruntukan yang akan diberikan bagi pelaksanaan program pemberian insentif ini adalah tidak melebihi RM1,000,000.00.

Lampiran

Tiada Lampiran.