INSENTIF PERKAHWINAN BELIA

138) INSENTIF PERKAHWINAN BELIA

Tahun:

Sesi:

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Antara insentif skim merakyatkan ekonomi manifesto Pakatan 2013 ialah pemberian RM500 untuk pasangan kahwin kali pertama. Apakah status pelaksanaan insentif ini?

    Program Insentif Perkahwinan Belia telah dilaksanakan pada tahun 2013 di bawah Program Merakyatkan Ekonomi Negeri Selangor (MES) . Sebagaimana yang telah diluluskan oleh MMKN ke 43/2012 yang diadakan pada 5 Disember 2012 yang telah disahkan oleh MMKN ke 44/2012 pada 12 Disember 2012 dengan kadar sebanyak RM200.00 dengan syarat-syarat seperti berikut :-

    • Lahir di negeri Selangor ATAU telah bermastautin dan bekerja di negeri Selangor melebihi 10 tahun (perlu pengesahan ADUN/ Penghulu / JKKK);
    • Perkahwinan yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri Selangor ATAU Jabatan Pendaftaran Negara di semua cawangan negeri Selangor ATAU mana-mana Jabatan Agama Islam Negeri / cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (bagi lelaki sahaja);
    • Perkahwinan kali pertama sahaja;
    • Pengantin lelaki atau perempuan tidak melebihi daripada umur 35 tahun semasa tarikh pendaftaran pernikahan;
    • Permohonan ini hanya dibuka kepada perkahwinan yang berdaftar pada atau selepas 1 Januari 2014 ; dan
    • Sah laku permohonan 3 bulan dari tarikh nikah atau tarikh pendaftaran perkahwinan bagi bukan islam.

    Pada tahun 2013, sebanyak 4734 permohonan yang telah diluluskan dan insentif tersebut telah disalurkan melalui dua kaedah iaitu bagi penerima yang beragama Islam, insentif akan disalurkan melalui Tabung Haji manakala bagi penerima yang bukan beragama Islam, Insentif akan disalurkan melalui Sijil Simpanan Premium (BSN). Seterusnya bagi tahun 2014, Mesyuarat MMKN ke 1/2014 yang telah diadakan pada 8 Januari 2014 juga telah bersetuju untuk menaikkan kadar insentif daripada RM200.00 seorang kepada RM500.00 seorang.

Lampiran

Tiada Lampiran.