Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

187) INSENTIF UNTUK PETANI MENINGKAT PENDAPATAN

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri mempertimbangkan insentif khas atau sebarang dana bantuan kepada petani khususnya yang ingin mengusahakan tanaman kelapa sawit dan kelapa untuk mengusahakan tanaman lain sebagai sumber pendapatan tambahan kesan daripada harga komoditi sawit dan kelapa yang tidak stabil?

    Kerajaan Negeri sedar akan kejatuhan harga minyak kelapa sawit yang sedang berlaku pada ketika iaitu daripada purata harga jualan minyak sawit mentah hantaran tempatan pada bulan Ogos 2016 berjumlah RM2,633.00 turun pada RM2,066.50 pada bulan Ogos 2019 iaitu penurunan sebanyak 21.2%. Berdasarkan faktor tersebut, Kerajaan Negeri bersama-sama Kementerian Industri Utama (MPI) telah mengadakan perbincangan pada 7 Oktober 2019 di mana salah satu daripada agenda yang diperbincangkan adalah untuk menggalakkan pekebun kecil kelapa sawit mengerjakan tanaman makanan bersifat jangka pendek bagi meningkatkan pendapatan seperti sayur daun dan sayur buah. Galakan tersebut juga akan turut dipanjangkan kepada pengusaha tanaman industri kelapa.

    Selain daripada itu juga, Kerajaan Negeri telah pun melaksanakan Program Tanaman Sayuran & Kontan di bawah Jabatan Pertanian Selangor meliputi bantuan berbentuk input-input pertanian, benih, peralatan serta penyediaan kawasan.

Lampiran

Tiada Lampiran.