Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

143) INSTITUT WANITA BERDAYA

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bilakah Kerajaan Negeri akan mewujudkan sebuah institute yang akan memfokus kepada pembuatan dasar-dasar berkaitan wanita dan menjalankan kajian keberkesanan program wanita membangunkan kaum wanita di Selangor?

    Untuk makluman Ahli Dewan, Kerajaan Negeri bercadang mewujudkan sebuah institut yang dinamakan Institut Wanita Berdaya (IWB) Negeri Selangor yang bertindak sebagai sebuah badan pemikir yang akan menyediakan dasar-dasar dan kajian berkaitan pembangunan dan pemberdayaan wanita di Negeri Selangor.

    Pengwujudan IWB Negeri Selangor ini diharapkan agar dapat mengoptimakan potensi dan guna tenaga wanita Negeri Selangor yang menyumbang kepada pembangunan negeri.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.