INSTITUT WANITA BERDAYA (IWB)

113) INSTITUT WANITA BERDAYA (IWB)

Tahun:

Sesi:

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan IWB dalam usaha menjadikan PWB di setiap DUN mencapai aras pemberdayaan yang ditetapkan?

    Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita dan Keluarga amat komited dan peka terhadap pembangunan setiap program yang telah dilaksanakan. Justeru itu, pencapaian Program Pusat Wanita Berdaya (PWB) adalah menjadi fokus utama Kerajaan Negeri dalam agenda memberdayakan wanita di Selangor. PWB telah ditubuhkan pada tahun 2015 dan telah bergerak serta beroperasi dengan jayanya sehingga kini. Walaupun secara rasmi hanya berusia 2 tahun, PWB telah banyak menjayakan program-program yang berteraskan kemahiran dan telah berjaya mengkader wanita-wanita di kawasan setempat di bawah penyelia yang telah dilantik iaitu seramai 56 penyelia bagi setiap DUN. Sehingga kini prestasi dan sambutan dari masyarakat setempat sangat memuaskan. Dan kini tiba masanya Institut Wanita Berdaya untuk merangka dan merancang satu pelan strategi dimana pengurusan PWB dinaiktaraf kepada piawaian yang lebih tinggi. Antaranya adalah dengan meningkatkan pembangunan kapasiti para penyelia. Dalam masa yang sama membuat pengkaderan bagi mengenalpasti peserta-peserta yang berpotensi tinggi untuk dihantar ke program-program yang lebih maju ataupun “advance”.

Lampiran

Tiada Lampiran.