ISU BERKAITAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)

71) ISU BERKAITAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)

Tahun:

Sesi:

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Nik Nazmi Bin Nik Ahmad

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perkembangan terkini di dalam rancangan penyerahan Tasik Kelana (bersebelahan SS7/24 dan SS 7/13) daripada MBPJ kepada PKNS yang sehingga kini masih tertangguh?

    1. Adalah dimaklumkan bahawa Taman Tasik Komuniti Kelana Jaya ini telah diambil alih oleh MBPJ mulai 1 Jun 2010. Pihak MBPJ telah melantik satu kontraktor bagi melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembersihan tasik tersebut. Butiran kontraktor adalah seperti berikut :-

     

    1. Nama kontraktor – Juara Johanjaya (M) Sdn.
    2. Kos penyelenggaraan – (RM25,727.00 sebulan)
    3. Aduan –    sampah (pemancing/orang awam membuang sampah merata)

     

    Secara keseluruhan aduan yang diterima di kawasan ini adalah berkenaan isu sampah yang dibuang ke dalam kolam oleh orang awam dan pemancing, walau bagaimanapun pihak Jabatan Landskap MBPJ telah mengambil tindakan segera dengan melakukan kerja-kerja pembersihan tasik secara rutin agar sentiasa dalam keadaan bersih dan selesa untuk dikunjungi orang awam.

Lampiran

Tiada Lampiran.