Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

304) ISU PEMBUANGAN SAMPAH HARAM

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Isu pembuangan sampah haram semakin serius terutamanya di kawasan perindustrian, hukuman RM1000 dan sitaan lori terlalu ringan dan kurang berkesan untuk mengatasi masalah ini. Apakah usaha yang akan dilakukan oleh kerajaan demi mengawal situasi ini?

    Antara usaha PBT dalam mengawal aktiviti pembuangan sampah haram di tempat yang tidak dibenarkan bagi mengawal situasi ini adalah:-

    1. PBT menjalankan rondaan/pemantauan berkala dan menjalankan operasi di kawasan hotspot dengan pakaian preman;
    2. PBT bekerjasama dengan masyarakat setempat bagi mendapatkan maklumat dan tindakan penangkapan terhadap pesalah;
    3. PBT dengan kerjasama PDT akan melaksanakan Tindakan Penguatkuasaan Secara Bersepadu Bagi Menangani Tapak Pelupusan Dan Pembuangan Sampah Haram Di Negeri Selangor mengikut Standard Operation Procedure (SOP) yang diperkenalkan melalui Arahan Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Selangor (PTGS) Bil.1/2019;
    4. PBT telah memulakan penggunaan kamera litar tertutup mudah alih (Mobile CCTV) di lokasi-lokasi hotspot pembuangan sampah haram untuk dijadikan bukti kukuh bagi membawa pesalah ke peringkat pendakwaan; dan
    5. Menyita kenderaan pengangkut sampah/ lori yang membuat kesalahan serta mengenakan kompaun maksimum dan kos operasi penguatkuasaan sitaan lori.

Lampiran

Tiada Lampiran.