ISU PERJAWATAN DI MPAJ
156) ISU PERJAWATAN DI MPAJ
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Dalam apakah keadaan seorang pegawai boleh memegang 2 jabatan selama 2 tahun?
- Merujuk kepada soalan yang dibangkitkan, dapat dirungkai kepada dua perkara yang berbangkit iaitu pematuhan bagi Peraturan Penanggungan Kerja Perkhidmatan Awam dan Pengisian Jawatan Kenaikan
Pengisian Jawatan Kenaikan Pangkat
Untuk makluman YB Teratai, terdapat 2 kekosongan bagi jawatan ketua jabatan di MPAJ iaitu Pengarah bagi Jabatan Perancangan Korporat dan Jabatan Perkhidmatan Bandar & Kesihatan. Ini merupakan kekosongan bagi jawatan kenaikan pangkat di mana skim perkhidmatan telah menetapkan bagi sebarang pengisian adalah melalui kenaikan pangkat sebagai kesinambungan karier anggota organisasi tersebut.
Setiap calon yang dipertimbangkan perlu memenuhi setiap peraturan kenaikan pangkat yang ditetapkan Perintah Am Kerajaan dan pekeliling-pekeliling Perkhidmatan Awam. Antara syarat yang ditetapkan ialah :-
- Telah disahkan dalam perkhidmatan
- Tempoh perkhidmatan pegawai yang dipertimbangkan
- Telah menduduki dan lulus peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan
- Bebas dari sebarang tindakan tatatertib/ salah laku
- Berprestasi tinggi dan baik
Dalam konteks MPAJ, setakat ini masih belum ada pegawai di MPAJ yang telah memenuhi syarat-syarat kenaikan pangkat tersebut bagi mengisi kekosongan kedua- dua jawatan tersebut iaitu Gred 52 Pengarah Jabatan Perancangan Korporat dan Gred 48 bagi pengarah Jabatan Perkhidmatan Bandar & Kesihatan.
Peraturan Penanggungan Kerja Perkhidmatan Awam
Sehubungan dengan itu, MPAJ telah mengguna pakai Pekeliling Perkhidmatan Bil 17 Tahun 2007 Peraturan Penanggungan Kerja Perkhidmatan Awam.
Para 5.1 yang menyatakan :- Penanggungan Kerja boleh dilaksanakan :-
- terdapat kekosongan jawatan secara hakiki atau operasi dan
- tugas jawatan yang kosong itu mustahak dilaksanakan secara berterusan supaya fungsi organisasi tidak
Dalam aspek ini, MPAJ perlu memastikan kesinambungan fungsi organisasi tidak terjejas kerana kedua-dua kekosongan jabatan itu adalah amat mustahak dan perlu diperakukan pegawai yang LAYAK menanggung kerja sehingga kekosongan tersebut diisi.
Para 6 Bagi kelayakan pegawai yang layak menanggung kerja adalah :-
- Pegawai telah disahkan dalam perkhidmatan
- sekiranya tiada pegawai yang telah disahkan dalam perkhidmatan pegawai yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya setahun boleh diperakukan.
- Keutamaan untuk penanggungan kerja hendaklah diberi kepada pegawai yang paling layak dari segi pengalaman, kelayakan, kemahiran, kepakaran dan berprestasi
MPAJ juga telah mengadakan perbincangan dan menghantar permohonan bagi penstrukturan semula perjawatan MPAJ bersama Bahagian Pembangunan Organisasi, Jabatan Perkhidmatan Awam pada 24 Ogos 2010 dan pada 11 March 2011, MPAJ telah menerima sebanyak 10 waran perjawatan baru yang melibatkan penstrukturan semula jabatan-jabatan dalaman MPAJ. Proses kenaikan pangkat dan penyusunan semula jabatan akan dilaksanakan segera bagi mengurangkan tugas pegawai-pegawai yang diarah menanggung kerja serta memperkukuhkan penstrukturan organisasi.
