Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

48) ISU SISA ELEKTRONIK (E-WASTE)

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah dasar Kerajaan Negeri terhadap sisa elektronik (e-waste)?

    E-waste” adalah perkakas elektronik elektrik yang rosak, tidak berfungsi atau lama / usang seperti TV, PC, penghawa dingin, mesin basuh dan peti sejuk. Bagi “e-waste” yang berpunca dari industri perkilangan, ianya dikawal di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekitar (Buangan Terjadual) 2005 di mana pengurusannya perlu mengikut peraturan tersebut daripada penghasilan hingga ke pelupusannya.

    Manakala bagi e-waste yang dihasilkan daripada isi rumah, ianya digalakkan untuk dilupuskan di pusat-pusat kitar semula yang diuruskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan dan pihak swasta. E-waste yang dikumpulkan di pusat kitar semula akan dilupuskan di premis yang dilesenkan oleh JAS. Peraturan mengenai kawalan ke atas e-waste isi rumah ini sedang dirangka oleh JAS.

Lampiran

Tiada Lampiran.