ISU YANG BELUM DISELESAIKAN
117) ISU YANG BELUM DISELESAIKAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah kes-kes yang masih tertunggak yang belum diselesaikan oleh MTEN setelah kes-kes ini dibawa ke mesyuarat? Sila nyatakan
EXCO-MTES tidak mempunyai kes-kes tertunggak yang masih belum diselesaikan. Semua kertas yang dikemukakan oleh jabatan/agensi akan dibentangkan serta-merta oleh EXCO-MTES. Arahan tindakan dan pelaksanaan oleh jabatan perlu diambil segera oleh jabatan/agensi. Sekiranya terdapat permasalahan, jabatan/agensi akan membentangkan semula isu dan masalah yang dihadapi.
Di peringkat pelaksanaan, ia akan dipantau melalui jabatan/agensi berkaitan sama ada secara mesyuarat berkala atau lawatan turun padang oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri atau Ketua Jabatan.
