JABATAN AUDIT
93) JABATAN AUDIT
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah setiap projek yang dijalankan oleh PBT haruslah diaudit oleh Jabatan Audit?
- Tidak semua projek yang dijalankan oleh PBT perlu diaudit oleh Jabatan Audit. Dalam konteks PBT, proses auditan dilaksanakan oleh Jabatan Audit Dalam . Pengauditan terhadap sesuatu projek akan dibuat mengikut kesesuaian dari segi perancangan audit tahunan yang telah disediakan oleh Jabatan Audit Dalam. Walau bagaimanapun, sekiranya ada keperluan seperti kes kelewatan, peningkatan kos, tidak mematuhi spesifikasi serta terdapat keperluan untuk menilai prestasi sesuatu projek, Jabatan Audit boleh menjalankan siasatan dan auditan ke atas projek-projek tersebut berdasarkan arahan daripada Datuk Bandar/Yang Dipertua ataupun daripada Jawatankuasa Audit dan Pengurusan Korporat yang ditubuhkan di setiap
