JABATAN YANG TIDAK PERLU MENJAWAB SEBARANG PERTANYAAN SEPANJANG 2015

195) JABATAN YANG TIDAK PERLU MENJAWAB SEBARANG PERTANYAAN SEPANJANG 2015

Tahun:

Sesi:

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan jika ada, apakah jabatan yang tidak ditujukan sebarang pertanyaan yang perlu dijawab.

    Semua Jabatan/ Agensi/ Badan Berkanun Negeri/ Anak Syarikat Negeri yang berada di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri dijemput untuk menghadiri Mesyuarat Mengkaji setiap kali menjelang persidangan. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Y.B. Speaker ini akan mengagihkan pertanyaan- pertanyaan kepada Jabatan/ Agensi berkaitan. Sebahagian Jabatan/ Agensi Persekutuan yang berurusan dengan Kerajaan Negeri akan dijemput manakala sebahagian besar Jabatan/ Agensi Persekutuan tidak dijemput memandangkan Pejabat Dewan Negeri tiada bidang kuasa supaya mereka mengemukakan jawapan/

    Dalam konteks ini, hanya kategori Jabatan/ Agensi/ Badan Berkanun Negeri/ Anak Syarikat Negeri akan diambil kira sepanjang tahun 2015, selaras dengan bidang kuasa Kerajaan Negeri.

    Jabatan/ Agensi yang tidak ditujukan sebarang pertanyaan adalah seperti berikut:

    • Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (SYABAS)

     

    • Bahagian Audit Dalam, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor

     

    • Unit Majlis Tindakan Ekonomi Selangor

Lampiran

Tiada Lampiran.