Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009

89) JALAN PERSEKUTUAN 5

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan dengan jelas bilakah kerja-kerja membina pemisah jalan dan menambah lampu jalan khususnya dari kilang Bernas menuju ke Balai Bomba Sekinchan akan dijalankan?

    JKR telah pun membuat tawaran untuk memasang pemisah jalan termasuk lampu jalan di Laluan 5 dari Kapar ke Sabak Bernam dalam tahun 2008 yang dianggarkan RM50 juta. Disebabkan masalah kekurangan peruntukan, projek ini tidak dapat dilaksanakan. Walau bagaimanapun, JKR akan memohon kepada Kementerian Kerja Raya untuk melaksanakan program ini dengan skala yang lebih kecil iaitu hanya dibuat di seksyen-seksyen yang kritikal yang sering berlaku kemalangan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.