JALAN ROSAK
83) JALAN ROSAK
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status sebenar berkaitan penyelenggaraan semasa jalan di semua PBT di Selangor?
Kerja-kerja penyelenggaraan jalan di semua PBT akan sentiasa dilaksanakan berdasarkan kepada senarai inventori jalan dan aduan yang dikemukakan. Kebanyakan kerja-kerja penyelenggaraan di semua PBT adalah dilaksanakan secara kontrak dan juga dalaman (inhouse). Selain daripada itu, pihak PBT juga mengambil inisiatif dengan menyenaraikan jalan-jalan yang perlu diturap semula berdasarkan tempoh pembinaan yang melebihi 10 tahun. Secara amnya semua PBT masih dapat mengatasi aduan-aduan berkaitan kerosakan jalan dan dapat melaksanakannya mengikut kepada perancangan kerja.
