JAMBATAN DAN KUARTERS JPS RUNTUH

135) JAMBATAN DAN KUARTERS JPS RUNTUH

Tahun:

Sesi:

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Merujuk Laporan Ketua Audit Negara Aktiviti Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2009 berkenaan Pejabat Tanah dan Galian di muka surat 57: Apakah langkah-langkah yang telah diambil bagi memperbaiki kelemahan aktiviti pengambilan pasir di Sungai Semenyih?

    1. Langkah yang diambil oleh pihak Jabatan Pengairan dan Saliran  (JPS)  ialah bagi sebarang permohonan melibatkan pengambilan pasir di sungai yang berhampiran dengan struktur-struktur kekal seperti jambatan, kunci air, alur limpah, empangan dan sebagainya, aktiviti pihak pengusaha terbabit perlu mematuhi syarat-syarat teknikal yang ditetapkan oleh JPS. Di antara syarat yang ditekankan ialah memastikan pengusaha tidak melaksanakan sebarang kerja pengorekan atau menyedut pasir berhampiran dengan struktur terbabit dalam jarak 200meter.

Lampiran

Tiada Lampiran.