JAMBATAN KETIGA KLANG

202) JAMBATAN KETIGA KLANG

Tahun:

Sesi:

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Meminta kerajaan memberi perkembangan terkini pembinaan Jambatan Ketiga Klang termasuk status terkini projek tersebut.

    Pihak JKR Selangor melalui perunding Vast Consultants  Sdn. Bhd. sedang  dalam proses reka bentuk terperinci dan dijangka siap pada Februari 2014. Di samping itu, kerja-kerja awal bagi tujuan pengumpulan data seperti kajian impak trafik, kerja ukur tanah dan hidrologi serta kerja penyiasatan tanah sedang giat dijalankan. Tempoh siap bagi keseluruhan kerja ini dijangkakan pada awal bulan Disember tahun ini. Pelan Pengambilan Tanah serta dokumen yang berkaitan bagi proses Pengambilan Balik Tanah di bawah Seksyen 4, Akta Pengambilan Tanah 1960 telah dihantar kepada Pejabat Daerah dan Tanah Klang pada pertengahan Oktober lalu untuk tindakan lanjut pejabat tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.