Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

138) JAMBATAN TERBENGKALAI YANG MENGHUBUNGKAN KOTA WARISAN DAN KLIA

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status jambatan sambungan yang menghubungkan Kota Warisan Daerah Sepang ke KLIA?

    Jambatan sambungan yang dimaksudkan terletak di persimpangan Jalan Persekutuan FT 29 dan Jalan Persekutuan FT 32. Pihak JKR Selangor telah mengangkat permohonan projek baru kepada Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR Malaysia di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12).

Lampiran

Tiada Lampiran.