JAMBATAN

136) JAMBATAN

Tahun:

Sesi:

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Bakhtiar Bin Mohd Nor

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah ada rancangan menaiktaraf jambatan kecil yang berada di laluan utama dari Beranang ke Semenyih

    Jalan Berangan ke Semenyih merupakan Jalan Persekutuan FT01. Berdasarkan semakan JKR Negeri Selangor terdapat 2 jambatan yang terlibat di jajaran Beranang ke Semenyih iaitu jambatan di Sg. Rinching dan jambatan di hadapan Balai Polis Beranang. Sehingga kini, pihak Jabatan tiada sebarang perancangan kerja menaiktaraf jambatan tersebut. Pihak JKR Negeri Selangor hanya fokus kepada jambatan yang telah uzur dan rosak seperti yang dilaksanakan di Jambatan Sg. Semenyih dan Jambatan Sg. Michu dalam daerah Hulu Langat.

Lampiran

Tiada Lampiran.