JANJI MANIFESTO: MEMILIKI RUMAH MAMPU MILIK

171) JANJI MANIFESTO: MEMILIKI RUMAH MAMPU MILIK

Tahun:

Sesi:

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Dato' Dr. Hasan Bin Mohamed Ali

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Mengenai janji Kerajaan Negeri untuk memastikan setiap keluarga memiliki rumah. Seperti yang diumumkan, keluarga yang berpendapatan rendah hanya perlu membayar RM1,000.00 untuk memiliki sebuah rumah mampu milik. Adakah Menteri Besar sedar bahawa rakyat Selangor merasa tertipu dalam hal memiliki rumah sendiri. Seperti yang diketahui agensi kerajaan dan syarikat swasta atas pertimbangan keuntungan lebih berminat membangunkan rumah kos sederhana dan mewah yang di luar kemampuan majoriti rakyat Selangor?

    Kerajaan Negeri sentiasa sedar tentang peningkatan harga jualan yang semakin melambung Oleh itu, bagi membantu rakyat di Negeri Selangor berpeluang memiliki rumah, Kerajaan Negeri telah menetapkan Dasar khusus bagi pembangunan tanah. Pembangunan tanah yang melebihi 10 ekar dalam kawasan Lembah Klang dikenakan syarat pembinaan 20% Rumah Kos Rendah, 20% Rumah Kos Sederhana Rendah dan 10% Rumah Kos Sederhana manakala kawasan di Luar Lembah Klang pula dikenakan syarat pembinaan 20% Rumah Kos Rendah, 10% Rumah Kos Sederhana Rendah dan 10% Rumah Kos Sederhana. Manakala bagi pembangunan yang kurang daripada 10 ekar (2 hingga kurang 10 ekar) pula, syarat penyediaan 30% rumah kos sederhana dikenakan bagi kawasan dalam Lembah Klang.

     

    Selain daripada penetapan komposisi pembangunan perumahan tersebut, harga jualan maksimum terhadap rumah mampu milik turut ditetapkan. Harga jualan rumah mampu milik tersebut ditetapkan pada harga seperti berikut:

     

     

    Dalam     kawasan      Majlis 20% rumah kos rendah 42,000.00
    Perbandaran         (Lembah Klang)
    20%            rumah           kos sederhana rendah 72,000.00
    10%            rumah           kos 100,000.00
    sederhana
    Lain-lain jenis  bangunan Bebas
    kediaman
    Dalam kawasan Majlis 20% rumah kos rendah 35,000.00
    Daerah
    20%            rumah           kos 60,000.00
    sederhana rendah
    10%            rumah           kos 85,00000
    sederhana
    Lain-lain jenis  bangunan Bebas
    kediaman
    Luar       kawasan       Majlis 20% rumah kos rendah 30,000.00
    Daerah            /            Majlis Perbandaran
    10%            rumah           kos sederhana rendah 50,000.00
    10%            rumah           kos 70,000.00
    sederhana
    Lain-lain jenis  bangunan Bebas
    kediaman

     

    Selain daripada itu, bermula tahun 2010 Kerajaan Negeri juga mengambil langkah proaktif dengan memperkenalkan Rumah Mampu Milik Selangor Konsep Baru dengan reka bentuk baru yang lebih mampan dan kondusif sebagai salah satu pilihan kepada pemaju untuk meneruskan penyediaan perumahan yang mampu milik khususnya kawasan-kawasan yang didapati kurangnya atau melebihi permintaan terhadap rumah kos rendah. Melalui cara ini sekurang- kurangnya Kerajaan Negeri dapat memperbanyakkan penyediaan rumah di bawah harga RM200,000.00 yang mampu dibeli.

     

    Bagi tujuan pengawalan pula, segala syarat penetapan komposisi pembinaan rumah dan harga jualan rumah akan dimasukkan dalam sebarang kelulusan pemberimilikan dan pembangunan tanah untuk tujuan pengawalan oleh semua pihak terlibat yang memberi kelulusan pelan pembangunan. Sebarang ketidakpatuhan kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri akan memberi kesan terhadap proses pindah milik daripada pemaju kepada pembeli pertama.

Lampiran

Tiada Lampiran.