JAWATAN-JAWATAN KANAN DALAM GLC SELANGOR
175) JAWATAN-JAWATAN KANAN DALAM GLC SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah tatacara pemilihan dan pelantikan ke jawatan-jawatan kanan dalam GLC? Selangor?
Tatacara pemilihan dan pelantikan ke jawatan kanan dalam GLC Selangor
adalah seperti berikut;-
- Pelantikan ke jawatan teraju utama syarikat tertakluk kepada peruntukan dalam Memorandum and Article of Association sesebuah syarikat sama ada pelantikan ke tahap jawatan Ketua Pegawai Eksekutif atau Pengurus Besar.
- Senarai pendek nama calon dengan butiran peribadi, kelulusan akademik dan pengalaman kerja akan dikemukakan kepada mesyuarat Lembaga Pengarah Syarikat untuk temu duga dan pemilihan.
- Struktur gaji serta Terma dan Syarat Perkhidmatan yang ditawarkan tertakluk kepada peruntukan dan kelulusan Mesyuarat Lembaga Pengarah Syarikat.
- Pelantikan Pegawai Kanan Syarikat ditadbir oleh Pengurusan Syarikat kecuali terdapat peruntukan yang memerlukan perkara yang berkaitan diluluskan oleh Mesyuarat Lembaga Pengarah.
