JAWATANKUASA BANDAR SELAMAT

80) JAWATANKUASA BANDAR SELAMAT

Tahun:

Sesi:

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Senaraikan jumlah peruntukan yang disalurkan kepada Jawatankuasa Bandar Selamat mengikut pecahan PBT bagi tahun 2010-2012

    Program Bandar Selamat merupakan program di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Walau bagaimanapun, memandangkan NKRA inisiatif mengurangkan jenayah melibatkan pihak Polis, Kementerian Dalam Negeri (KDN) turut terlibat di bawah program ini dari segi penyediaan peruntukan kewangan.

    Mulai tahun 2010, KDN telah menyalurkan peruntukan bagi menjayakan pelaksanaan Program Bandar Selamat di PBT. Jumlah ini melibatkan RM13,192,055 pada tahun 2010, RM12,350,000 pada tahun 2011 dan RM18,050,000 pada tahun 2012. Walau bagaimanapun peruntukan kewangan bagi tahun 2010 hanya melibatkan 6 PBT ‘hotspot’ yang mempunyai kadar jenayah yang tinggi iaitu di kawasan MB Shah Alam, MB Petaling Jaya, MP Klang, MP Ampang Jaya, MP Selayang dan MP Subang Jaya. Peruntukan Kewangan Bagi Pelaksanaan Program Bandar Selamat bagi tahun 2011 dan 2012 adalah melibatkan semua PBT seperti di Lampiran 1.

    Lampiran 1

    JADUAL PERUNTUKAN KEWANGAN BAGI PELAKSANAAN PROGRAM BANDAR

    SELAMAT BAGI TAHUN 2010-2012

    Pihak Berkuasa Tempatan   2010   2011   2012
    1.       MB Shah Alam 2,199,900 1,000,000 2,100,000
    2.       MB Petaling Jaya 2,191,180 1,500,000 2,100,000
    3.       MP Klang 2,200,000 1,500,000 2,100,000
    4.       MP Ampang Jaya 2,200,000 1,500,000 2,100,000
    5.       MP Kajang 1,500,000 2,100,000
    6.       MP Selayang 2,200,975 1,500,000 2,100,000
    7.       MP Subang Jaya 2,200,000 1,500,000 2,100,000
    8.       MP Sepang 500,000 800,000
    9.       MD Kuala Langat 500,000 800,000
    10.     MD Kuala Selangor 500,000 700,000
    11.     MD Hulu Selangor 500,000 650,000
    12.     MD Sabak Bernam 350,000 400,000
    Jumlah keseluruhan   13,192,055   12,350,000   18,050,000

    Sumber: Unit Khas NKRA Bandar Selamat, JPBD SM PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA

Lampiran

Tiada Lampiran.