Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

121) JEJAK KARBON

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah pelan tindakan kerajaan dalam pengurangan pengeluaran karbon?

    Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Pelan Tindakan Teknologi Hijau Negeri Selangor telah diluluskan pada Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Ke 28/2015 pada 2 September 2015.

    Melalui Pelan Tindakan ini, Kerajaan Negeri komited untuk menjadikan semua PBT Negeri Selangor sebagai perbandaran hijau dan seterusnya mencapai Bandar Rendah Karbon menjelang 2030.

    Pelaksanaan perbandaran hijau di Negeri Selangor akan menerima pakai Kerangka Bandar Rendah Karbon atau Low Carbon Cities Framework and Assessment System (LCCF).

    Lima (5) buah PBT yang dicadangkan untuk menjadi perintis Bandar Rendah Karbon adalah seperti berikut:

    • Majlis Bandaraya Petaling Jaya
    • Majlis Bandaraya Shah Alam
    • Majlis Perbandaran Subang Jaya
    • Majlis Perbandaran Sepang
    • Majlis Perbandaran Klang

    Seterusnya, 12 buah PBT akan menerima pakai LCCF menjelang tahun 2020; dan 4 buah bandar akan diiktiraf di peringkat Antarabangsa sebagai Bandar Hijau (Green Cities) menjelang tahun 2030.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.