Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

239) JENIS BANTUAN NELAYAN KECIL

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah kerajaan negeri boleh membantu nelayan sekala kecil yang terjejas pendapatan pada musim tengkujuh?

    Nelayan di Selangor menangkap ikan sepanjang tahun dan tidak terdedah kepada musim tengkujuh/hujan yang berpanjangan. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan untuk membantu nelayan skala kecil menangkap ikan. Antara bantuan yang diberikan kepada nelayan skala kecil adalah seperti:

     

    • Bantuan jaring

     

    • Bantuan Sampan

     

    • Bantuan Enjin Sangkut

     

    • Bantuan Peralatan Pelayaran (GPS)

Lampiran

Tiada Lampiran.