Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

119) JKKK MAPPING

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah Kerajaan Negeri telah melaksanakan JKKK mapping yang memastikan penduduk kampung telah menikmati program Inisiatif Peduli Rakyat serta bantuan-bantuan lain selain mengenal pasti data demografi penduduk?

    a) dan b)

    Program Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) merupakan program yang direncanakan di bawah pimpinan YAB Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali. Di bawah Inisiatif Peduli Rakyat, terdapat pelbagai program bantuan diberikan yang memfokuskan kepada golongan berpendapatan rendah di Negeri Selangor dalam mendepani cabaran kos sara hidup yang semakin meningkat. Buat masa ini, tiada sebarang mapping dilaksanakan berhubung dengan penerima bantuan IPR di Negeri Selangor. Namun begitu, Kerajaan Negeri sedang melengkapkan data-data berhubung dengan program IPR dengan pembangunan sistem yang lebih bersepadu.

Lampiran

Tiada Lampiran.