Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

83) JUMLAH PENGANGGUR DI DAERAH-DAERAH NEGERI SELANGOR

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah penganggur mengikut statistik terkini ( jika ada )?

    Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, berdasarkan Survei Tenaga Buruh (STB) 2018, jumlah penganggur di Selangor ialah 2.8 peratus pada tahun 2018. Jumlah penganggur mengikut strata di Selangor pada tahun 2017 dan 2018 adalah seperti Jadual 1.

     

    Jadual 1 : Jumlah penganggur mengikut strata di Selangor 2017 dan 2018

     

    000’

    Strata 2017 2018
    Selangor 98.1 99.6
    Bandar 93.2 94.9
    Luar Bandar 4.9 4.7

     

    Sumber : Survey Tenaga Buruh, Jabatan Perangkaan Malaysia

    Maklumat Tambahan

     

    1. Statistik tenaga buruh, guna tenaga dan pengangguran diperoleh daripada Survey Tenaga Buruh (STB) dan merujuk kepada penduduk yang berumur 15-64 tahun semasa minggu rujukan.

     

    1. STB merupakan kejian sampel berkebarangkalian yang dilaksanakan melalui pendekatan isi rumah untuk mendapatkan maklumat anggaran tenaga buruh dan pengangguran peringkat penduduk. Kajian ini dilaksanakan mengikut piawaian yang ditetapkan badan antarabangsa iaitu International Labour Organization (ILO) yang diguna pakai oleh kebanyakkan negara.

     

    1. Menganggur merujuk kepada mereka yang berada dalam tenaga buruh yang tidak bekerja semasa minggu rujukan tetapi bersedia untuk bekerja atau mencari kerja dalam minggu rujukan.

     

    1. Kadar pengangguran ialah perkadaran penduduk yang menganggur kepada jumlah penduduk dalam tenaga buruh.

     

    1. Statistik pengangguran di peringkat terkecil yang diterbitkan adalah di peringkat bandar dan luar bandar mengikut negeri.

Lampiran

Tiada Lampiran.