KADAR BIL UTILITI BAGI PONDOK PENGAWAL

81) KADAR BIL UTILITI BAGI PONDOK PENGAWAL

Tahun:

Sesi:

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Mengapakah kadar bil TNB dan Air Selangor bagi pondok pengawal di kawasan perumahan dikenakan kadar komersial?

    Pondok pengawal walaupun berada di dalam kawasan perumahan tetapi tidak digunakan sebagai rumah kediaman

    Enakmen Pembekalan Air 1997 melalui Kaedah-Kaedah bekalan Air (Bayaran) (Selangor) (Pindaan) 2006, Jadual Pertama [Kaedah 4] perkara (i) menyatakan bahawa Kod tariff kediaman adalah:

    ‘mana-mana bangunan atau struktur atau kuarters kerajaan yang digunakan sebagai rumah kediaman persendirian, dengan atau tanpa kolam renang persendirian, di mana air dibekalkan melalui meter individu’.

    Sehubungan dengan itu, pondok pengawal dikenakan kadar komersil.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.