Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

53) KADAR CUKAI PETAK

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah Kerajaan Negeri menetapkan kadar cukai petak yang baru diimplementasikan pada tahun ini?

    Pelaksanaan cukai petak ditetapkan berdasarkan Warta Kerajaan Persekutuan oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar No. Warta PU(B) 174 bertarikh 31 Mac 2017 dan pindaan Akta Hakmilik Strata dan Pengenalan Bahagian Baru iaitu Bahagian IVA Seksyen 23A hingga 23J yang memperuntukan :-

     

    • Membolehkan pemilik petak membayar cukai bagi petak.
    • Prosedur penentuan kiraan kadar cukai petak.
    • Prosedur penentuan kutipan tunggakan cukai bagi tanah yang melibatkan pembangunan berstara.
    • Prosedur tuntutan kutipan cukai tanah melalui cukai petak.
    • Prosedur penamatan kutipan cukai petak sekiranya wujud penamatan hakmilik strata

     

    Kadar cukai petak adalah berdasarkan Kaedah-kaedah Hakmilik Strata Selangor 2015 (pindaan 2017) mengikut syarat dan kategori kegunaan tanah/petak.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.