KAWASAN LARANGAN MEROKOK

209) KAWASAN LARANGAN MEROKOK

Tahun:

Sesi:

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan kawasan awam yang telah dikategorikan sebagai kawasan larangan merokok.

    Kawasan awam yang telah  dikategorikan  sebagai  kawasan  larangan  merokok di bawah Undang-undang Kesihatan Awam yang diperuntukan di bawah Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 (PPKHT):

    1)            di dalam mana-mana pusat hiburan atau teater, kecuali mana-mana pub, disko, kelab malam atau kasino, pada bila-bila masa apabila tempat itu dibuka untuk orang awam;

    2)            dalam mana-mana hospital atau klinik;

    3)            di dalam mana-mana lif atau tandas awam;

    4)            di dalam mana-mana tempat makan atau kedai berhawa dingin;

    5)            di dalam mana-mana kenderaan awam atau hentian pengangkutan awam;

    6)            di dalam mana-mana lapangan terbang;

    7)            dalam mana-mana kawasan premis kerajaan;

    8)            di mana-mana kawasan yang digunakan bagi apa-apa aktiviti perhimpunan di dalam sesuatu bangunan selain bangunan kediaman atau persendirian atau di mana-mana tempat awam;

    9)            di mana-mana kawasan institusi pendidikan atau institusi pendidikan tinggi;

    10)        di mana-mana kawasan taman asuhan kanak-kanak;

    11)        di dalam mana-mana bas sekolah;

    12)        di mana-mana tingkat yang mempunyai kaunter perkhidmatan di dalam

    bangunan yang dinyatakan (Jadual Kedua) seperti berikut:

    • Mana-mana bank atau institusi kewangan
    • Telekom Malaysia Berhad
    • Tenaga Nasional Berhad
    • Pos Malaysia Berhad
    • di mana-mana kawasan di kompleks membeli belah;
    • di mana-mana kawasan stesyen minyak;
    • di mana-mana kawasan stadium, kompleks sukan, pusat kecergasan atau gimnasium;
    • dalam mana-mana    kawasan    bangunan   atau    tempat    awam    yang digunakan untuk tujuan keagamaan;
    • di mana-mana kawasan perpustakaan;
    • di mana-mana kawasan kafe internet;
    • di mana-mana kawasan tempat latihan khidmat negara;
    • di dalam mana-mana tempat kerja berhawa dingin dengan suatu sistem hawa dingin berpusat;
    • dalam mana-mana bangunan atau tempat permainan kanak-kanak atau taman, termasuk lingkungan 3 meter daripada sempadan tempat itu, di kawasan rehat dan rawat (R&R);
    • Dalam mana-mana kawasan taman awam kecuali tempat letak kereta awam terbuka;
    • Dalam mana-mana menara cerapan, tapak perkhemahan, titian kanopi dan lima meter dari laluan masuk atau keluar titian kanopi dalam taman negara atau taman

Lampiran

Tiada Lampiran.