KDEB WASTE MANAGEMENT SDN. BHD. (KDEBWM)

121) KDEB WASTE MANAGEMENT SDN. BHD. (KDEBWM)

Tahun:

Sesi:

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Senaraikan jenis-jenis aset serta jumlah aset yang dimiliki oleh KDEB Waste Management Sdn. Bhd.

    Pada masa ini asset-asset yang dimiliki oleh KDEBWM adalah terdiri daripada :

    1. Lori-lori Kompaktor; setakat ini berjumlah empat ratus empat puluh empat (414) unit yang digunapakai di sebelas (11) PBT di negeri selangor bagi tujuan kutipan sampah domestik. Lori-lori kompaktor ini dari chasis model ISUZU, HINO, FUSO danNISSAN . Ia dilengkapi dengan GPS, CCTV dan Vehicle Monitoring System yang membolehkan ia dipantau pergerakkan oleh Pusat Aduan Setempat atau CCC KDEBWM.

     

    1. Lori Armroll/RORO; sehingga kini berjumlah empat ratus sembilan puluh lapan (498) unit yang digunakan bagi tujuan pembersihan awam dan kutipan sampah pukal di sebelas PBT di Negeri Selangor. Lori-lori Armroll/RORO ini dari chasis model ISUZU, HINO, dan FUSO. Ia dilengkapi dengan GPS tracker dan Vehicle Monitoring System bagi memantau pergerakan kenderaan tersebut.

     

    • Road Sweeper ; ketika ini KDEBWM hanya memiliki dua (2) unit Road Sweeper yang digunakan untuk pembersihan kawasan jalan-jalan di Negeri Selangor. Ia juga dilengkapi GPS dan kapasiti jentera ini mampu menampung berat muatan sehingga 680kg sampah. Chasis model jentera ini dari Power Boss Armadillo 9XR dari jenama DUROMAC, USA.

     

    1. High Pressure Water Jetter ; sebanyak dua (2) unit High Pressure Water Jetter dimiliki oleh KDEBWM yang mampu melakukan kerja-kerja pembersihan dan pencucian longkang-longkang yang bersaiz di bawah 1.5 meter yang tersumbat dengan kekotoran atau sisa-sia buangan.

Lampiran

Tiada Lampiran.