Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

68) KEBAJIKAN

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah dasar Kerajaan Negeri melalui struktur dan institusi awam dalam menjamin hak kanak-kanak kurang upaya untuk menerima pendidikan menuju ke arah pendidikan inklusif sepertimana disyorkan oleh Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF)?

    Kerajaan berusaha untuk memastikan kanak-kanak kurang upaya juga mendapat pendidikan selaras dengan Dasar Pendidikan Negara yang memberi pendidikan kepada semua termasuk kanak-kanak kurang upaya. Selain itu kerajaan juga telah menandatangani “Proklamasi Penyertaan Penuh dan Penyamaan Peluang Bagi OKU Rantau Asia dan Pasifik” pada 16 Mei 1996 sempena pengisytiharan “Dekad OKU di Rantau Asia Pasifik, 1993- 2002. Pada tahun 2002 juga, Kerajaan Malaysia telah menerima pakai rangka kerja tindakan yang dinamakan “BIWAKO Millennium Framework for Action (BMF): Towards an Inclusive, Barrier-Free and Rights-Based Society for Persons with Disabilities in Asia and the Pacific” sebagai garis panduan dasar bagi pembangunan OKU berikutan dengan perlanjutan Dekad Orang Kurang Upaya, 2003 -2012. Mulai 2013 -2022, kerajaan telah bersetuju dengan Dasar Incheon Strategy yang juga menumpukan kepada pencapaian termasuk pendidikan kepada kanak-kanak orang kurang

     

    Selain itu, penerimaan “Konvensyen Mengenai Hak  Kanak-Kanak”  antara lain menentukan hak kanak-kanak OKU dilindungi dan serta memastikan kanak-kanak OKU menikmati peluang dan kemudahan termasuk pendidikan dalam arus pembangunan negara.

     

    Bagi menjayakan dasar-dasar ini, kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat juga membantu dengan menyediakan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) bagi memberi latihan atau intervensi awal kepada kanak- kanak kurang upaya supaya mereka boleh berdikari semaksima mungkin dimana kaedah pembelajaran di PDK meliputi pengurusan diri, aktiviti 3M (membaca, menulis dan mengira) dan juga ko kurikulum berdasarkan keupayaan OKU tersebut.

     

    Apabila kanak-kanak kurang upaya tersebut telah menguasai aktiviti pengurusan diri dan kemahiran 3M, mereka boleh berdaftar dengan Kementerian Pelajaran untuk memasuki alam persekolahan sama ada ke sekolah pendidikan khas, secara kelas integrasi ataupun secara inklusif. Selain itu, persekitaran dan aksesibiliti bebas halangan di sekolah juga diambil kira bagi memastikan kanak-kanak kurang upaya dapat akses ke sekolah tanpa bantuan seperti penyediaan ramp, tandas OKU di setiap aras dan juga kelas di aras bawah jika melibatkan kanak-kanak yang menggunakan kerusi roda.

Lampiran

Tiada Lampiran.