Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
01 November 2019 hingga 13 November 2019
296) KEBAJIKAN DAN LESEN PENJAJA
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah kerajaan melalui PBT di setiap daerah mempunyai mekanisme untuk menempatkan para penjaja kecil di suatu tempat yang strategik di samping dapat menambah pendapatan penjaja dan juga PBT melalui pembayaran lesen dan sewa tapak?
PBT telah menyediakan premis-premis perniagaan dalam bentuk kiosk, gerai, pasar , kiosk pondok bas dan kiosk kuih muih bagi membantu penjaja-penjaja kecil berniaga dengan kos penyewaan yang rendah dan sesuai. Di samping itu PBT turut menyediakan tapak-tapak menjaja sementara di beberapa lokasi bagi memberikan peluang perniagaan kepada penjaja-penjaja kecil berniaga ditempat yang dibenarkan.