Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
01 November 2019 hingga 13 November 2019
254) KEBAJIKAN PENJAWAT AWAM SELANGOR GOLONGAN B40
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah kerajaan akan memberi keutamaan untuk program IPR Negeri Selangor kepada Penjawat Awam Selangor dan Pegawai Pejabat DUN yang dalam ketegori B40?
Untuk makluman Yang Berhormat, berdasarkan Ucapan Belanjawan 2019 pada 23 November 2018 telah diumumkan bahawa agenda pelaksanaan program-program IPR akan diteruskan secara lebih holistik dan tidak hanya menyajikan pemberian bantuan kebajikan dan simpati semata-mata tetapi memberi daya melalui pemerkasaan kepada penerima manfaat IPR di Selangor yang merangkumi Penjawat Awam Selangor dan juga Pegawai Pejabat DUN yang layak dan memenuhi kriteria dan syarat-syarat permohonan yang telah ditetapkan.
Program IPR yang boleh dimohon oleh golongan B40 seperti di lampiran I.