KEBERKESANAN SKIM MIKROKREDIT MISKIN BANDAR

181) KEBERKESANAN SKIM MIKROKREDIT MISKIN BANDAR

Tahun:

Sesi:

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah keluarga yang berjaya melepasi Paras Garis Kemiskinan (PGK) melalui Skim Mikrokredit Miskin Bandar?

    Peserta yang melepasi Paras Garis Kemiskinan (PGK) pula tidak dapat dijelaskan secara kajian ilmiah kerana tiada kajian khusus dan menyeluruh dalam mengukur keberkesanan keluarga penerima MIMBAR yang berjaya melepasi Paras Garis Kemiskinan (PGK). Hanya melalui pemantauan pegawai-pegawai MIMBAR, telah mengenalpasti terdapat golongan minoriti di kalangan pesertanya yang agak cepat matang dalam perniagaan dan mengalami perubahan yang mendadak dari keadaan zon “survival” kepada zon keusahawanan. Jumlah tersebut mewakili seramai 800 peserta dengan pendapatan antara RM 1,600.00 sehingga RM 3,00.000 sebulan.

Lampiran

Tiada Lampiran.