Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

19) KEBERSIHAN SUNGAI BERHAMPIRAN INDUSTRI TERNAKAN KHINZIR DI DUN TANJUNG SEPAT

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Borhan Bin Aman Shah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tahap indeks kualiti air sungai di DUN Tanjung Sepat yang berdekatan dengan setiap lokaliti industri ternakan khinzir

    Lembaga tiada data dan maklumat bagi perkara ini memandangkan tiada stesen pemantauan sama ada automatik mahupun manual di kawasan yang ditanyakan.

    Dicadangkan maklumat diperoleh daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) bagi stesen pemantauan di kawasan sekitar termasuk stesen air marin, jika ada.

    Stesen pemantauan kualiti air sungai hanya berada di dalam Lembangan Sungai Langat dan yang terdekat dengan Tanjung Sepat adalah Stesen Sungai Batang Labu di Kampung Orang Asli Bukit Tadong yang jaraknya 18 km dari Tanjung Sepat. Indeks Kualiti Air Sungai di Stesen ini adalah Kelas Ketiga.

Lampiran

Tiada Lampiran.