KEBUDAYAAN NEGERI
57) KEBUDAYAAN NEGERI
Tahun:
Sesi:
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah dasar negeri untuk membangunkan bidang kebudayaan?
Pada ketika ini Kerajaan Negeri mengguna pakai Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang diselaraskan mengikut keperluan di Negeri Selangor. Dasar Kebudayaan Kebangsaan ini dijadikan sebagai garis panduan dalam merangka program – program untuk membangunkan kebudayaan di Negeri Selangor. Justeru itu, mulai tahun 2015, Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Kebudayaan akan mempergiatkan lagi usaha-usaha melalui pelbagai program dan aktiviti untuk memelihara, memulihara dan membangunkan pelbagai bentuk kebudayaan dan kesenian yang ada di Negeri
