KECURIAN PASIR
111) KECURIAN PASIR
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Kerajaan negeri dikatakan mahu mewujudkan Jawatankuasa Khas bagi membanteras kecurian pasir. Nyatakan keahlian dan terma rujukan jawatankuasa khas tersebut?
Keahlian Jawatankuasa Teknikal Pemantauan dan Penyelarasan Permit Bahan Batuan adalah seperti berikut:
Pengerusi:
YB Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
Urusetia:
Bahagian Penguatkuasaan, Pejabat Tanah dan Galian Selangor
Ahli-Ahli:
Pengarah Tanah dan Galian Selangor
Semua Pentadbir Tanah
Semua PBT
Jabatan Alam Sekitar (JAS)
Lembaga Urus Air Selangor (LUAS)
Jabatan Kerja Raya (JKR)
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)
Jabatan Mineral dan Geosains
Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB)
Terma Jawatankuasa
- mempercepatkan penyelesaian masalah-masalah berkaitan dengan pasir;
- mempertingkatkan kemampuan Unit Penguatkuasaan; dan
- memantau dari aspek teknikal terhadap keakuran pemegang permit / kontraktor dalam menjalankan aktiviti perlombongan pasir mengikut syarat-syarat dan kehendak Jabatan Teknikal yang berkenaan dan Pentadbir Tanah.
