KEDAI / BILIK PAMERAN PENGEDAR-PENGEDAR KERETA TERPAKAI

76) KEDAI / BILIK PAMERAN PENGEDAR-PENGEDAR KERETA TERPAKAI

Tahun:

Sesi:

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Pihak Majlis Bandaraya Petaling Jaya telah mengeluarkan notis sitaan kenderaan-kenderaan kepada pengedar-pengedar kereta terpakai di Taman Kanangapuram, Seksyen 18, Petaling Jaya disebabkan aduan-aduan oleh persatuan penduduk-penduduk di kawasan tersebut. Pengedar-pengedar kereta terpakai sebegini telah dibenarkan untuk beroperasi di pelbagai bahagian di Petaling Jaya. Walaupun tuntutan-tuntutan mahkamah telah dimasukkan ke mahkamah dan kedai-kedai kereta terpakai yang bersebelahan telah dibenarkan untuk meneruskan operasi. Mengapakah situasi sebegini adalah dibenarkan di mana jelasnya pengedar-pengedar kereta terpakai di Taman Kanagapuram dimangsakan dan tidak dibenarkan untuk beroperasi lagi?

    Pihak Majlis telah menjalankan siasatan dan mendapati sebanyak 26 buah premis perniagaan kereta terpakai di Taman Kanagapuram. Daripada jumlah tersebut sebanyak 3 premis mempunyai lesen sah daripada pihak Majlis manakala 23 premis tidak mempunyai lesen daripada pihak Majlis. Sesi dialog dan perjumpaan di antara Majlis Bandaraya petaling Jaya, persatuan penduduk,Ahli Majlis dan pengusaha yang terlibat telah diadakan bagi menyelesaikan isu tersebut.

    Daripada jumlah tersebut, sebanyak 4 premis telah berpindah. Manakala baki selebihnya telah mengemukakan rayuan untuk memberhentikan perniagaan selepas Tahun Baru Cina akan datang. Pada masa kini, pihak Majlis sedang mempertimbangkan rayuan tersebut bagi mencari jalan penyelesaian secara menyeluruh.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.