Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

62) KEDUDUKAN KEWANGAN PBT

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah benar ada PBT-PBT yang menghadapi kedudukan kewangan defisit menyebabkan tidak dapat memenuhi semua aduan-aduan yang diterima?

    Kedudukan kewangan di PBT defisit atau surplus tidak menjadi sebab aduan- aduan tidak dapat di penuhi. Ianya bergantung kepada kemampuan PBT menyelesaikan aduan tersebut. Perbelanjaan akan diimbangkan dengan hasil yang diterima di mana pelaksanaan sesuatu perbelanjaan akan mengambil kira kos dan kepentingan perbelanjaan itu

     

    Bagi perbelanjaan – perbelanjaan yang tidak dimasukkan ke dalam belanjawan tahunan, Pihak PBT mengikut seksyen 57 Akta 171 “Tiada sesuatu Pihak Berkuasa Tempatan boleh melakukan apa-apa perbelanjaan yang tidak dimasukkan dalam anggaran yang diluluskan kecuali dengan izin Pihak Berkuasa Negeri.

Lampiran

Tiada Lampiran.