KEDUDUKAN PELABUR ASING DI SELANGOR
189) KEDUDUKAN PELABUR ASING DI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah benar bilangan pelabur asing berkurangan di Malaysia, termasuk juga di Selangor sejak 10 tahun yang lalu ? Pohon kemukakan datanya
Bagi tempoh 10 tahun iaitu dari tahun 2006 hingga 2015, secara keseluruhannya Negeri Selangor masih kekal sebagai destinasi pilihan para pelabur. Dari statistik projek perkilangan yang diluluskan oleh MIDA menunjukkan Negeri Selangor berjaya menarik pelaburan di sektor perkilangan sebanyak RM 91.098 bilion. Negeri Selangor terus mencatatkan jumlah kelulusan bilangan projek yang tertinggi berbanding negeri – negeri lain dengan 2,729 projek perkilangan bagi tempoh tersebut. Secara umunya terdapat trend penurunan pelabur asing semenjak 10 tahun yang lalu kerana Malaysia secara amnya dan Selangor khususnya tidak lagi memfokus kepada industri-industri berintensifkan
Jumlah pelaburan yang diterima di Negeri Selangor bagi tempoh 10 tahun
Tahun Pelaburan Tempatan (RM)
Pelaburan Asing (RM)
Jumlah Pelaburan (RM)
2006 3,054,241,068 2,274,343,250 5,328,584,318 2007 6,989,739,432 4,191,710,937 11,181,450,369 2008 2,866,163,788 9,004,746,225 11,870,910,013 2009 2,752,526,769 4,007,064,182 6,759,590,951 2010 5,494,986,553 5,146,848,848 10,641,835,401 2011 4,504,853,012 4,237,146,599 8,741,999,611 2012 7,305,494,367 4,429,323,568 11,734,817,935 2013 6,207,711,909 3,625,294,944 9,833,006,853 2014 3,836,871,787 3,205,388,189 7,042,259,985 2015 4,182,475,179 3,781,323,681 7,963,798,860 * Sumber : MIDA
