KEGAWATAN EKONOMI
27) KEGAWATAN EKONOMI
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Mohd Isa Bin Abu Kasim
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status semasa ekonomi Negeri Selangor dan adakah Selangor sudah keluar dari kemelut masalah ekonomi ?
- Pada tahun 2009, Negeri Selangor telah mencatatkan penguncupan pertumbuhan ekonomi pada tahap 3.8% seiring dengan kemerosotan ekonomi negara dan Kini, ekonomi negeri telah menunjukkan peningkatan yang baik dengan pertumbuhan ekonomi negeri telah menunjukkan peningkatan yang baik dengan pertumbuhan ekonomi yang sederhana pada suku tahun pertama tahun ini. Hal ini menunjukkan keyakinan pelabur dan peniaga telah mula teguh dan dianggarkan angka-angka pengeluaran daripada sektor-sektor pembuatan dan perindustrian akan terus meningkat. Sektor pembinaan dijangka akan berkembang dengan pertumbuhan dan sektor pertanian turut dijangka akn memperoleh manfaat daripada pemulihan ekonomi dan pelaksanaan berterusan akibat suntikan daripada Pakej Rangsangan Ekonomi Negeri Selangor. Ekonomi negeri akan merekodkan prestasi sederhana pada tahun 2010 dan dianggarkan akan mencapai pertumbuhan sekitar 2% hingga 3%.
