KEKURANGAN BEKALAN PASIR
78) KEKURANGAN BEKALAN PASIR
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Kekurangan bekalan pasir di Negeri Selangor telah menjadi masalah kepada projekprojek pembangunan. Apakah langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri dalam menangani masalah ini?
Kerajaan Negeri telah mengambil inisiatif dengan menggunapakai kaedah baru bagi
mendapatkan pulangan hasil daripada pengurusan hasil Kerajaan Negeri selaras
dengan dasar untuk merakyatkan ekonomi Negeri Selangor.
Di bawah pendekatan ini, Kerajaan Negeri telah pun menubuhkan satu syarikat di
bawah Menteri Besar Incorporated (MBI) iaitu Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. bagi
menggerakkan industri pasir dan mengawal pemasaran pasir di Negeri Selangor.
Kerajaan Negeri telah membekukan pengeluaran permit pasir dan meningkatkan jentera
Penguatkuasaan melalui Pejabat Tanah dan Galian Selangor dan Pentadbir Tanah
Daerah.
Fasa 1 perlombongan pasir di atas tapak yang telah dikenalpasti untuk dilaksanakan
oleh Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. telah mula beroperasi akhir Ogos 2008.AWAPAN DARI PEJABAT TANAH DAERAH SEPANG
a) Pihak Berkuasa Negeri telah menubuhkan Anak Syarikat Kerajaan Negeri iaitu
Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. bagi tujuan pengurusan perlombongan pasir di Negeri
Selangor.
