KEKURANGAN TEMPAT LETAK KERETA

132) KEKURANGAN TEMPAT LETAK KERETA

Tahun:

Sesi:

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Mengapakah MPSJ masih belum membina kompleks tempat letak kereta bertingkat di kawasan komersil SS15 Subang Jaya memandangkan kertas kerja cadangan pembinaan telah pun disediakan?

    Cadangan Pembinaan Pusat Konvensyen Subang Jaya dan tempat letak kereta bertingkat di SS15, Jalan SS15/4, Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan masih dalam proses penelitian semula dan MPSJ belum membuat keputusan muktamad berkaitan pembinaan bangunan tersebut. Ini adalah disebabkan oleh faktor-faktor berikut :-

    1. Kos pembiayaan yang tinggi; dan
    2. Penentuan kaedah pelantikan yang bersesuaian bagi melaksanakan projek berkenaan agar tidak bercanggah dengan Peraturan Perolehan Perkhidmatan Perunding Bagi Projek Kerajaan / Garis Panduan yang ditetapkan oleh Lembaga Arkitek Malaysia bagi penganjuran pertandingan pelan reka bentuk.

Lampiran

Tiada Lampiran.