Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
01 November 2019 hingga 13 November 2019
170) INDUSTRI PERKILANGAN
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah pelaburan yang telah berjaya di bawa ke Negeri Selangor dalam industri perkilangan dari pelabur asing dan tempatan?
Bagi tempoh Januari hingga Jun 2019, sebanyak 132 projek perkilangan telah diluluskan di Negeri Selangor dengan nilai pelaburan berjumlah RM 5,965,124,862 (RM 5.97 bilion) dimana sebanyak RM 2,149,465,303 (RM 2.15 bilion) adalah daripada pelaburan tempatan dan sebanyak RM 3,815,659,559 (RM 3.82 bilion) daripada pelaburan asing. Sebanyak 6,628 potensi peluang pekerjaan telah diwujudkan.