KELULUSAN TOL
129) KELULUSAN TOL
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Pihak manakah yang meluluskan TOL dan sila jelaskan kenapa ADN-ADN tidak terlibat dalam kelulusan ini.
Mengikut Pekeliliing Pengarah Tanah dan Galian Selangor Bil. 1/2008 mengenai Penyelarasan Dasar-Dasar Baru Berkaitan Urusan Tanah di Negeri Selangor bertarikh 28 Mei 2008 di para 3.1.2 Pentadbir Tanah Daerah diberikan kuasa penuh dalam meluluskan permohonan Lesen Pendudukan Sementara (LPS).
ADN-ADN tidak terlibat kerana Jawatankuasa Tanah telah dibubarkan serta-merta sebagaimana yang dinyatakan di para 3.1.2 (ii) pekeliling Bil. 1/2008.
Catatan: Jawatankuasa Tanah Daerah sebelum ini adalah di anggotai oleh semua ADN-ADN dan dipengerusikan oleh Pentadbir Tanah Daerah dan setiausahanya adalah Penolong Pegawai Tadbir (Tanah)
