KEMAJUAN PROJEK PERUMAHAN BUKIT BOTAK
140) KEMAJUAN PROJEK PERUMAHAN BUKIT BOTAK
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sejauh manakah perkembangan pembangunan yang telah dapat dilaksanakan oleh PKNS semenjak pengumuman penyelesaian masalah ini dibuat?
Setakat Oktober 2010, PKNS telah pun memulakan kerja-kerja awalan di tapak, manakala kerja-kerja fizikal dijangka dimulakan pada awal tahun hadapan dan projek dijangka siap pada Jun 2012. Berikut adalah ringkasan status projek setakat Oktober 2010 :-
Bil Perkara Tarikh 1. Iklan Tender 25 Mac 2010 2. Tarikh Tutup Tender 24 Mei 2010 3. Kelulusan Jawatankuasa Tender 8 Julai 2010 4. Surat Tawaran Kepada Kontraktor 15 Julai 2010 5. Tarikh Serah Tapak Bina kepada Kontraktor
21 September 2010 6. Kelulusan Pelan Pembangunan 15 Ogos 2010 – 15 Nov. 2010 7. Pembinaan Dimulakan 1 Oktober 2010 8. Tarikh siap Rumah Contoh 20 Mac 2011 9. Tarikh Siap Keseluruhan (CF) 20 Jun 2012
